Total Pageviews

1,066

Tuesday, February 15, 2011

KURSUS PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DAN PELUANG PENDIDIKAN, LATIHAN DAN KERJAYA BERSAMA MARA.

Seramai 11 orang Guru Bimbingan Dan Kaunseling dari Daerah Marang telah menghadiri Kursus Pengurusan Perkhidmatan Dan Kaunseling Dan Peluang Pendidikan Latihan Dan Kerjaya Bersama Mara. Kursus tersebut diadakan selama dua hari iaitu pada 13 - 14 Februari 2011 (Ahad - Isnin) di Gems Beach Resort Batu Rakit, Kuala Terengganu. Seramai 100 orang GBKSM dari seluruh negeri telah menghadiri kursus tersebut.
Kursus tersebut bermula pada jam 10.00 pagi.
Ceramah  pertama disampaikan oleh En. Mohd Norhaida dari Marketing Department UniKL. UniKL merupakan sebuah universiti swasta milik sepenuhnya oleh MARA.
Majlis Perasmian dilakukan oleh  Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Mara Y.Bhg Tuan Hj. Azmi bin Muhammad. Dalam ucapan tersebut, beliau mengharapkan kerjasama guru-guru Bimbingan dan Kaunseling menyampaikan maklumat tentang peluang-peluang pendidikan MARA kepada semua murid-murid di sekolah menengah di negeri Terengganu.
Selepas ucapan perasmian, peserta kursus berpeluang bersama Usahawan Giat MARA. Usahawan muda tersebut yang baru berusia 36 tahun berkongsi pengalaman dengan peserta kursus. Dalam usia yang masih muda usahawan tersebut telah mempunyai 3 buah syarikat yang menjalankan perniagaan dengan pihak kerajaan, pihak swasta dan Petronas.
Pada sebelah malam Penolong Pengarah Bimbingan dan Kaunseling En. Taha bin Sali telah menyampaikan Taklimat Pengurusan Bimbingan Dan Kaunseling.
Pada hari kedua kursus pegawai dari MARA telah menyampaikan taklimat Peluang-peluang  Pendidikan di Institut Kemahiran Mara (IKM)dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM). Ceramah seterusnya ialah dari kolej-kolej yang berdaftar dengan Mara seperti Kolej Politech MARA (KPTM), German Malaysian Institute (GMI), Kolej Profesional MARA (KPM), Kolej Shah Putra, Kolej PSDC dan ceramah terakhir oleh pegawai MARA mengenai Pembiayaan Pelajaran MARA. Kursus berakhir pada jam 5.00 petang

No comments:

Post a Comment