Salam sahabat-sahabat semua. Sesi persekolahan 2013 akan berakhir bebrapa hari lagi dan kita semua akan bercuti mulai 15 November 2013 hari Jumaat. Selamat Bercuti. Ada di antara kita yang bertugas sebagai pengawas peperiksaan, jalankan tugas sebaik mungkin.
Apakah perancangan kita untuk tahun hadapan. Diharapkan kepada semua ahli MGKK Marang dapat berkongsi bahan melalui blog ini contohnya Perancangan Tahunan, Takwim UBK, Perancangan Strategik, Pelak taktikal dan Operasional dan lain-lain.
Marilah sama-sama kita hidupkan blog ini untuk manafaat bersama.
MGKK MARANG
Total Pageviews
1,066
Monday, November 11, 2013
Monday, May 23, 2011
Sunday, May 22, 2011
Tuesday, February 15, 2011
KURSUS PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DAN PELUANG PENDIDIKAN, LATIHAN DAN KERJAYA BERSAMA MARA.
Seramai 11 orang Guru Bimbingan Dan Kaunseling dari Daerah Marang telah menghadiri Kursus Pengurusan Perkhidmatan Dan Kaunseling Dan Peluang Pendidikan Latihan Dan Kerjaya Bersama Mara. Kursus tersebut diadakan selama dua hari iaitu pada 13 - 14 Februari 2011 (Ahad - Isnin) di Gems Beach Resort Batu Rakit, Kuala Terengganu. Seramai 100 orang GBKSM dari seluruh negeri telah menghadiri kursus tersebut.
Kursus tersebut bermula pada jam 10.00 pagi.
Ceramah pertama disampaikan oleh En. Mohd Norhaida dari Marketing Department UniKL. UniKL merupakan sebuah universiti swasta milik sepenuhnya oleh MARA.
Majlis Perasmian dilakukan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Mara Y.Bhg Tuan Hj. Azmi bin Muhammad. Dalam ucapan tersebut, beliau mengharapkan kerjasama guru-guru Bimbingan dan Kaunseling menyampaikan maklumat tentang peluang-peluang pendidikan MARA kepada semua murid-murid di sekolah menengah di negeri Terengganu.
Selepas ucapan perasmian, peserta kursus berpeluang bersama Usahawan Giat MARA. Usahawan muda tersebut yang baru berusia 36 tahun berkongsi pengalaman dengan peserta kursus. Dalam usia yang masih muda usahawan tersebut telah mempunyai 3 buah syarikat yang menjalankan perniagaan dengan pihak kerajaan, pihak swasta dan Petronas.
Pada sebelah malam Penolong Pengarah Bimbingan dan Kaunseling En. Taha bin Sali telah menyampaikan Taklimat Pengurusan Bimbingan Dan Kaunseling.
Pada hari kedua kursus pegawai dari MARA telah menyampaikan taklimat Peluang-peluang Pendidikan di Institut Kemahiran Mara (IKM)dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM). Ceramah seterusnya ialah dari kolej-kolej yang berdaftar dengan Mara seperti Kolej Politech MARA (KPTM), German Malaysian Institute (GMI), Kolej Profesional MARA (KPM), Kolej Shah Putra, Kolej PSDC dan ceramah terakhir oleh pegawai MARA mengenai Pembiayaan Pelajaran MARA. Kursus berakhir pada jam 5.00 petang

Blog MGKK Marang
Assalamualaikum,
Semua ahli MGKK Marang, blog ini dibuka untuk semua ahli MGKK Marang berhubung dan berkongsi maklumat dan kegiatan di sekolah masing-masing. Diharapkan semua ahli MGKK daerah Marang bersama-sama mengambil manafaat dari blog ini. Sokongan semua ahli adalah diharapkan bagi menjayakan laman ini.
Terima Kasih.

Subscribe to:
Posts (Atom)